Wednesday 3 August 2011

SEMBAHYANG TARAWIH DAN KELEBIHANNYA

"مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."
"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan, sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu"
an sebaik-baiknya.

Kesimpulannya: Sembahyang tarawih sebanyak dua puluh rakaat ialah "Sunat sahabat-sahabat Nabi" kerana ia telah di kerjakan oleh Saiyidina Umar dan sahabat-sahabat Nabi yang ada pada zamannya - termasuk Saiyidina Uthman dan Saiyidina Ali r.a. ajma'in.

Bertambah pula telah sabit dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan (Maksudnya): "Hendaklah kamu menurut sunnah Ku dan sunnah khalifah-khalifah al-Rasyidin .. (4) (yang datang kemudian daripada Aku)." Yakni amalan mereka.

Sembahyang Tarawih Yang Sempurna

Alim ulama', rahimahullah, tidak ketinggalan daripada mengingatkan dan menarik perhatian umum, bahawa sembahyang tarawih yang sempurna dan berpahala ialah yang dikerjakan dengan tenang dan khusyu', sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar "ihsan" yakni segala amal bakti hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

Dipetik dari: http://www.islam.gov.my/dircportal/mastika/tbljilid3list.php?start=9&PHPSESSID=d0a94be2e7da89c16fe783dfa69f5aae

No comments:

Post a Comment