Wednesday 26 October 2011

Saturday 8 October 2011

Cikgu dalam Bajet 2012

Umur persaraan wajib 60 tahun

Gred DG48, gaji maksimum RM8,710.
Gred DG44, gaji maksimum RM5,370.

Pergerakan Gred Secara time-based,
gred 44 pada tahun ke-8
gred 48 pada tahun ke-16.
gred 29 ke 32 tempoh lapan tahun
gred 32 ke 34 time-based lapan tahun

Kenaikan Gaji Tahunan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred.

Bonus setengah bulan gaji minimum 500 ringgit, 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran gaji bulan Disember 2011

Murid Sekolah dalm Bajet 2012

Bantuan 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah.

Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima

Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam

Bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, MSSM dan Insuran Takaful. mulai sesi persekolahan 2012 dimansuhkan.

Sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan kepada Institusi pendidikan rendah dan menengah,diberi potongan cukai.

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2012 SKKI

Download di sini
SK Kem Iskandar Kalendar2012.xlsx

SK Kem Iskandar Kalendar2012.xlsx

Friday 7 October 2011

Meringankan belanja menyekolahkan anak-anak

Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah.

Kedua: Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Ketiga: Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Bonus Gaji

115. Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Subsidi Bahan Bakar

Pertama: Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar; dan

Ketiga: Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.