Peristiwa


PANTUN SELOKA SEMPENA HARI GURU
Sungguh ceria tidak terkata,
Suasana cerah pagi ini
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari guru disambut kini.
Tersebut kisah di Tanjung Sekakap,
Tersergam indah sebuah sekolah,
Ramai gurunya yang berdedikasi
Menjalankan tugas tiada helah
Bilik guru riuh rendah,
Riuh rendah gelagat guru,
36 orang guru tidak kenal lelah ,
Tak masuk ke kelas habis haru biru,
Orangnya manis selalu tersenyum,
Tinggi lampai santun orangnya,
Ustazah noormala itu orangnya,
Sentiasa membimbing anak muridnya,
Berkaca mata berambut pendek,
Lemah lembut, berjalan pantas,
Cikgu bibian tidak boleh nak bodek,
jangan main-main, tegas orangnya,
orangnya umpama resmi padi,
makin tunduk makin berisi
Guru kelas 5 satria cantik berseri
Cikgu Salbiah empunya diri.
Guru kelas 2 Wira,
Cikgu Hellendi berbaju merah,
Anak-anak muridnya tak ikut kata,
Manalah dia tak naik marah.
5 Satria pun sudah, 2 Wira pun sudah,
3 Satria pula punya cerita,
Ustazah Siti Fatimah guru kelasnya,
Mengajar agama tanpa keluh kesah,
3 Sekawan sama sebaya,
Tempat meluah hati yang lara,
Sorang tak ada rasa tak berdaya,
Penyeri dan penceria di sekolah kita,
Cikgu Azita lantang suaranya,
Guru kelas 1 Wira,
Tak berkira membuat kerja,
Sampai terduduk dibuatnya,
Cikgu Hasaniah ini ceritanya,
orangnya comel, kulitnya cerah,
Pergi sekolah sentiasa bergaya,
Tengok hari ini pakai baju cerah.
Walupun tegas tapi penyayang,
Murid-murid 6 Satria diperjuangkan,
Cikgu Yusniza cikgu kesayangan,
Berkelip-kelip bak bintang dan bulan…
Manis orangnya, bijak bergaya,
Mengajar bahasa inggeris sampai tak cukup buku,
Kalau bergaya itulah cikgu Siti Sara,
Selalu sahaja marahkan aku,
Guru kelas 3 Wira,
Siapa lagi kalau bukan cikgu Akma,
Bijak orangnya berkereta innova,
Bukan saja kelasnya cantik, orangnya pun lawa juga.
Cikgu Sabaria diperpustakaan,
Mengajar bukan calang-calang,
Selalu sahaja kehilangan barang,
Tapi dialah cikgu penyayang.
Orangnya nak kata pemalu, tapi tidaklah juga,
Kalau merempit boleh tahan juga,
Membuat kerja tidak kira masa ,
Cikgu Rohani itulah dia,
Cikgu Lily tegas orangnya,
Guru kelas 5 Wira,
Selalu naik angin dan mendenda,
Bila muridnya tak siap kerja sekolah.
2 Satria cikgu Faridah,
Mengajar Muzik dan Bahasa Melayu,
Nampak baik macam tak pernah marah,
Jangan buat dia naik hantu,
Ustazah j-Qaf cikgu Farasuhana,
Bolehlah dikatakan baru di sekolah kita,
Nak kata garang tapi tak pernah marah,
Hebat juga bila buat kerja.
Janggut bukan sebarang janggut,
Janggut sejemput berwarna oren,
Setiap pagi asyik merempit,
Guru kelas 4 Satria itulah Ustaz Sallehuddin.
Hitam manis berbadan sasa,
Berjanggut lebat hensam juga orangnya,
Duduk di padang setiap masa,
Cikgu Elmi cikgu sukan kita.
Kecil-kecil cili padi,
Walaupun kecil comel sekali,
Orangnya penyayang siapa lagi,
Ustaz Haza Guru Kelas 2 Juara, cikgu dicari.
Hari Rabu menjadi doktor,
Hari lanin mengajar Sains,
Sapa lagi kalau bukan cikgu Khairul,
Orangnya tegas jangan buat main-main.
Cikgu Umi lembut orangnya,
Guru kelas 1 Juara,
Murid-murid takutkannya,
Garang juga siapa sangka.
Cikgu Haiza sangat baik,
Mengajar matematik dan juga PJ
Duk kat padang matahari naik,
Berpeluh-peluh terus masuk 1 J
Cikgu Zanariah naik kereta Wira,
Orangnya lembut jangan sangka lemah,
Guru kelas 1 Satria,
Bahasa Melayu pilihan hatinya.
Cikgu Bibian sudah, Helen pun sudah,
Giliran cikgu Diana mengambil peluang,
Bila pening tak tahu nak buat ape sudah,
Walaupun garang tapi periang.
Maizatul Akmal nama diberi,
Guru data sekolah ini,
Jangan kamu tercari-cari,
Sebelah cikgu Diana dia bersembunyi,
Jangan main tarik tali,
Kalau putus buruk padahnya,
Ustazah Adibah manis sekali,
Jauh perjalanan x pernah putus asa.
Sekali pandang macam mak datin,
Dua kali pandang rupanya guru,
Cikgu Safiah cikgu prihatin
Di pendidikan khas tempat mencurah ilmu.
datangnya jauh dari Sabah
orangnya kecil comel sekali
cikgu masniah jangan marah bah!
kelas 4 wira ceria sekali
Pergi sekolah naik persona,
Jarang-jarang sekali nampak muka,
Di pra sekolah itulah tempat dia,
Cikgu Susi guru pra kita.
Orang di pejabat jangan dilupa,
Cikgu Bakri, Cikgu Noh itulah dia,
Cikgu Ahmad Tahshim serius orangnya,
Cikgu Zulkefli Guru Besar sekolah kita.
Masuk pejabat kena sergah,
Boleh menangis kalau tak tahan,
Kak Roha dan juga kak Hubaidah,
Tolong photostat bahan –bahan,bolehkah?
Hitam manis sapa lagi kalau bukan kak yana,
Putih gebu kak juliana,
Pembantu murid sediakan makanan,
Di pra sekolah itulah tempatnya.
Hari -hari masak gulai,
Masak gulai dalam kuali
Memasak pandai bersajak pun pandai,
Itulah kak Fatiah yang kita cari.
Setakat ini pantun seloka kami,
Izinkan kami mengundur diri,
Salah dan silap harap maafi,
Ada masa berjumpa lagi.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t dan terima kasih...........................